Semua orang menginginkan
ketenangan hidup. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan ketenangan hidup yang
sebenar? Adakah ketenangan hidup akan diperolehi jika mempunyai mempunyai
kereta yang besar, mempunyai duit yang banyak, pasangan yang segak, rumah yang
besar??? Itu bergantung kepada diri masing-masing..
Bagi saya, ketenangan hidup
cukuplah sekadar mempunyai kehidupan
yang sederhana supaya saya sentiasa dapat mendekatkan diri denganNya. Sentiasa merasa
cukup apa yang dikurniakan olehNya. Tak kisah hidup susah atau senang, asalkan
sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah. Saya dikurniakan mak ayah yang selalu memberi
peringatan pada saya di samping kawan2
yang baik. Syukur Alhamdulillah.
Antara perkara yang boleh
memberikan ketenangan kepada kita adalah SOLAT. Sebagai seorang muslim, jaga
solat sebaik-baiknya. Kerana apa-apa perkara yang kita lakukan adalah bermula
dengan solat. Jika dalam kehidupan seharian kita masih melakukan perkara2 yg
tidak baik, kembalikan melihat solat kita. Adakah solat kita sempurna? Adakah kita
mendirikan solat pada awal waktu? Adakah kita memahami bacaan dalam solat? Adakah
kita khusyuk dalam solat? Adakah kita solat kerana malu terhadap kwn2 jika
meninggalnya? ( pe2 pn diri sendiri ni pun banyak lagi kekurangan yang perlu
diperbaiki).Jadi sama2 lah kita menjaga dan perbaiki solat kita~
No comments:
Post a Comment