x puas duk umah... Ya Allah..kuatkanlah hati ini...
Saturday, November 14, 2015
Homesick
mid sem break dah habis..hari ni kembali semula ke johor..tetapi hati sedih....sy homesickkkkkkk....nak balik...sejak dari dulu lg..selalu homesick....tu la...gedik sgt nk p belajaq jauh2..hati menangis... :( :( :(
x puas duk umah... Ya Allah..kuatkanlah hati ini...
x puas duk umah... Ya Allah..kuatkanlah hati ini...
Thursday, November 5, 2015
Mid sem break
Esok dah stat cuti midsem..tapi cutiku diiringi dgn assignment yang menggunung...aissh.....jadi student mmg xboleh lari dari semua ni..kuatkan semangat iza!!! jangan cepat putus asa..tp apa yang menggembirakan my family dtg johor...sbb my cousin kawin..so esk berangkatlah sy ke pontian sorg2..even tak tahu jalan,terpaksa beranikan diri..xpe..sy boleh!! hope x sesatlah..dan hari sabtu balik ganuuuuuu...bestnyeeeee...rindu kg..dlm seminggu,lupakan assignment,lupakan presentation,lupakan test..hmm..boleh ke gitu???? boleh kalau nak level stress naek smpai pncak gunung hbs cuti nti....hope balik kg nti ade kekuatan dan keazaman yang tinggi utk siapkan keje2 ni... ok la..dh mau tdo..
selamat bercuti kpd smua student2 ipta/s
Monday, October 19, 2015
Tidur selepas subuh
Pepagi ni nak share satu artikel yang sangat sentap..iaitu tidur selepas subuh..memandangkan kelas sampai pukul 11 malam..sampai hostel, buat itu buat ini so agak lewat jgk dapat tidur..buat its ok..itu kehidupan seorang student..so bukan alasan untuk bangun lewat or tidur selepas subuh... nikmatilah waktu pagi dengan udara yang sgt freshhhh... kalau kat kampung lg best.. dengan udara yang sejuk, dengan kicauan burung...rindunya kat kampung... tp takpe..only two more weeks to go, dapat balik kampung..dpt maen2 dan buli2 adik haikal n adik zara...=)
kat bawah ni satu artikel yang saya amik sumber dari facebook..sama2 kita hayati dan hadam~ =)
peringatan untuk kita semua..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"
Dia menjawabkan,
"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"dua dua mazhab lah ustaz".
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
"orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
"orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"
"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lpas subuh,,
sumber:copy n paste dari fb
👆tidur lepas subuh....fikir fikirkanlah.
Sunday, October 18, 2015
Ikhtilat oh ikhtilat
Bila terima teguran yang betol2
kena batang hidung sendiri, seyesly rasa mahu sorok muka bwh bantal.. Ya
Allah..malu teramat sangat (sentap mahu nangis).. tetapi dengan teguranlah kita dapat move kepada
yang lebih baik.. kadang-kadang teguran yang diterima tu memang sgt pedih tapi
ia membuatkan kita berfikir dan muhasabah diri sendiri ..semua orang ingin
berubah menjadi baik.. bermula menjaga solat,menutup aurat dengan sempurna,
meningkatkan amalan2 sunat, tidak sombong dan riak, dan menjaga IKHTILAT..yaaaa
ikhtilat. Apa gunanya kita berpenampilan seperti berjubah dan bertudung labuh
tetapi dari segi ikhtilat outttt…tidak dijaga ( yang ni mungkin mengundang
fitnah pada agama)..Lagi2 keadaan zaman berteknologi canggih..In real word,
insyaAllah kita boleh menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan..bercakap
bila betul2 ada keperluan.... But in virtual world, ramai yang gagal dalam
usaha penjagaan ikhtilat (termasuk diri sendiri kn?)…Ia memerlukan kekuatan diri kita sendiri dan keyakinan serta kepercayaan bahawa Allah
maha melihat... Dengan sikap syaitan tersangat kreatif ni, mcm2 cara digunakan
untuk merosakkan kita semua.. Namun, kita jangan berputus asa..jika kita
berusaha untuk menjaga ikhtilat, InsyaAllah Dia akan membantu. So, bermula dari
hari ni, usahalah menjaga ikhtilat...Bila ikhtilat terjaga, insyaAllah hati akan
terjaga.…
Dengan tahun yang baru ni, masih belum terlambat untuk berubah..usaha la menjadi muslimah yang sejati dengan harga diri yang tinggi..
Salam Maal Hijrah 1437
Dengan tahun yang baru ni, masih belum terlambat untuk berubah..usaha la menjadi muslimah yang sejati dengan harga diri yang tinggi..
Salam Maal Hijrah 1437
apa yang kita perlu tahu..baca dan hadam~
Jom berusaha sama-sama menjaga ikhtilat~ =)
Wednesday, October 7, 2015
Ketenangan dengan SOLAT~
Semua orang menginginkan
ketenangan hidup. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan ketenangan hidup yang
sebenar? Adakah ketenangan hidup akan diperolehi jika mempunyai mempunyai
kereta yang besar, mempunyai duit yang banyak, pasangan yang segak, rumah yang
besar??? Itu bergantung kepada diri masing-masing..
Bagi saya, ketenangan hidup
cukuplah sekadar mempunyai kehidupan
yang sederhana supaya saya sentiasa dapat mendekatkan diri denganNya. Sentiasa merasa
cukup apa yang dikurniakan olehNya. Tak kisah hidup susah atau senang, asalkan
sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah. Saya dikurniakan mak ayah yang selalu memberi
peringatan pada saya di samping kawan2
yang baik. Syukur Alhamdulillah.
Antara perkara yang boleh
memberikan ketenangan kepada kita adalah SOLAT. Sebagai seorang muslim, jaga
solat sebaik-baiknya. Kerana apa-apa perkara yang kita lakukan adalah bermula
dengan solat. Jika dalam kehidupan seharian kita masih melakukan perkara2 yg
tidak baik, kembalikan melihat solat kita. Adakah solat kita sempurna? Adakah kita
mendirikan solat pada awal waktu? Adakah kita memahami bacaan dalam solat? Adakah
kita khusyuk dalam solat? Adakah kita solat kerana malu terhadap kwn2 jika
meninggalnya? ( pe2 pn diri sendiri ni pun banyak lagi kekurangan yang perlu
diperbaiki).Jadi sama2 lah kita menjaga dan perbaiki solat kita~
Monday, October 5, 2015
Sebaik baik teman adalah BUKU
Yup..saya mengakui sebaik baik teman adalah buku. Buku, jika
diperhatikan dari luar, ia adalah helaian kepingan-kepingan kertas. Namun jika
di amati btol2 isi kandungannya, ia umpama penasihat, penyokong dan peneman
yang sangat2 boleh dipercayai.. Ia tidak pernah menipu dan menyakiti kita…that why, I LOVE READING.=). saya tak kisah menghabiskan duit dengan membeli buku kerana
dengan bacaan dari buku, saya rasa boleh menjadi kuat dan semangat dalam
menjalani kehidupan seharian. InsyaALLAH, Jika dilanjutkan usia dan dimurahkan
rezeki, saya ini menyediakan satu mini librarydi rumah idaman saya nanti..
itu lah impian saya..=)
Buku bacaan pertama yang mengubah segalanya kehidupanku. Thank You, Allah =)
tak rugi kalau kita menanamkan dalam diri suka terhadap membaca buku. Kerana buku akan mengajarkan kita tentang kehidupan. Kadang2, Allah menegur kita melalui buku supaya kita sentiasa berhati-hati dengan kehidupan yang terlalu banyak tipu daya syaitan.
sebagai kesimpulan~ jadilah ulat buku, bukan ulat bulu okeh! =)
Sunday, October 4, 2015
permulaan saya~
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.
Yang itu hanya aku mampu aku tuturkan dengan sebesar-besar hidayah yang Kau berikan kepadaku.. Hanya sebuah buku, Kau mampu menjentik hatiku supaya kembali kepadaMu. Alhamdulillah. Semoga Kau tidak membolak balik hati ini setelah Kau kurniakan hidayah dan kesedaran kepadaku. Dan moga rahmat dan keberkatanMu sentiasa bersamaku..
Hakikatnya, diri ini tidak pandai untuk berceloteh seperti mana blogger2 yang lain..hihi..Ini sekadar untuk mengisi masa lapang daripada duk melayari 'facebook' 24/7..sekurang-kurangnya dapat melatih otak ini untuk sentiasa berfikir apa yang perlu diceritakan dalam blog ini..hehehe.
Actually, saya tidak tahu apa yang hendak dikongsikan di sini. tapi sebagai permulaan, rasanya tak salah untuk saya menceritakan serba sendikit tentang diri ini.. okay..saya anak sulung dari 8 org adik beradik, berasal dari sebuah perkampungan di daerah hulu terengganu, terengganu. sekarang telah melanjutkan pelajaran di sebuat ipta yang terletak di selatan semenanjung. tu saje ringkasan tentang diri saya.. =)
okay bai..
Yang itu hanya aku mampu aku tuturkan dengan sebesar-besar hidayah yang Kau berikan kepadaku.. Hanya sebuah buku, Kau mampu menjentik hatiku supaya kembali kepadaMu. Alhamdulillah. Semoga Kau tidak membolak balik hati ini setelah Kau kurniakan hidayah dan kesedaran kepadaku. Dan moga rahmat dan keberkatanMu sentiasa bersamaku..
Hakikatnya, diri ini tidak pandai untuk berceloteh seperti mana blogger2 yang lain..hihi..Ini sekadar untuk mengisi masa lapang daripada duk melayari 'facebook' 24/7..sekurang-kurangnya dapat melatih otak ini untuk sentiasa berfikir apa yang perlu diceritakan dalam blog ini..hehehe.
Actually, saya tidak tahu apa yang hendak dikongsikan di sini. tapi sebagai permulaan, rasanya tak salah untuk saya menceritakan serba sendikit tentang diri ini.. okay..saya anak sulung dari 8 org adik beradik, berasal dari sebuah perkampungan di daerah hulu terengganu, terengganu. sekarang telah melanjutkan pelajaran di sebuat ipta yang terletak di selatan semenanjung. tu saje ringkasan tentang diri saya.. =)
okay bai..
Subscribe to:
Posts (Atom)