Thursday, January 11, 2018

Aturan Allah swt

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan olehNya. Perancangan Allah sangat hebat. 2017.Tahun yang bermakna bagiku dan tidak akan aku lupakan. Tahun baru dengan status yang baru (telah menjadi tunangan orang), InsyaAllah hujung tahun ni akan menjadi seorang isteri. Alhamdulillah. Semua berlaku sekelip mata jer dengan izinNya.  Apa apa pun sentiasa berdoa, moga Allah permudahkan semuanya. Dialah tempat sebaik baik tempat pergantungan. Sekarang, tanam dalam diri untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Semoga nikmat yang diberikan olehNya ini mendekatkan diri ini lagi kepadaNya.

Mengenai pertemuan dengan tunangku, di luar jangkaanku tetapi sentiasa di dalam doaku..istikharahku..Alhamdulillah.. Allah telah makbulkan doaku di saat aku telah redha apa yang berlaku. Dia insan terpilih yang Allah berikan untukku. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada En Tunangku kerana menerima diri ini seadanya dan sudi mengambilku menjadi isterimu nanti.

Kepada sesiapa yang belum bertemu lagi bayangan jodoh tu, usah bersedih.  Teruskan berdoa..berdoa..berdoa dan usaha perbaiki diri. InsyaAllah, Allah akan menghantar insan yang terbaik untuk kita. Ingat janji –janji Allah.  “Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat”. Semua bergantung pada diri kita. Kalau kita nak pasangan yang baik, ubah la diri terlebih dahulu. Lelaki yang baik akan menilai seorang wanita dengan mata hati. Penilaian mata hati sudah pasti menilai agama kita dan akhlak kita bukannya kecantikkan paras rupa semata-mata. Jadi, mulai hari ini tanamkan dalam diri untuk menjadi muslimah yang sejati. Hijrahkan diri menjadi hamba yang terbaik untukNya. Istiqamah dalam penghijrahan itu, insyaAllah kita dapat merasai kemanisannya dan yang pasti akan dapat ketenangan juga. :) 


No comments:

Post a Comment