Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Aku bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan olehNya. Perancangan Allah sangat hebat. 2017.Tahun yang bermakna
bagiku dan tidak akan aku lupakan. Tahun baru dengan status yang baru (telah
menjadi tunangan orang), InsyaAllah hujung tahun ni akan menjadi seorang isteri. Alhamdulillah. Semua
berlaku sekelip mata jer dengan izinNya.
Apa apa pun sentiasa berdoa, moga Allah permudahkan semuanya. Dialah
tempat sebaik baik tempat pergantungan. Sekarang, tanam dalam diri untuk
sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Semoga nikmat yang diberikan olehNya
ini mendekatkan diri ini lagi kepadaNya.
Mengenai pertemuan dengan
tunangku, di luar jangkaanku tetapi sentiasa di dalam
doaku..istikharahku..Alhamdulillah.. Allah telah makbulkan doaku di saat aku
telah redha apa yang berlaku. Dia insan terpilih yang Allah berikan untukku.
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada En Tunangku kerana menerima diri ini
seadanya dan sudi mengambilku menjadi isterimu nanti.
Kepada sesiapa yang belum bertemu
lagi bayangan jodoh tu, usah bersedih.
Teruskan berdoa..berdoa..berdoa dan usaha perbaiki diri. InsyaAllah,
Allah akan menghantar insan yang terbaik untuk kita. Ingat janji –janji
Allah. “Lelaki yang baik hanya untuk
perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat”. Semua
bergantung pada diri kita. Kalau kita nak pasangan yang baik, ubah la diri
terlebih dahulu. Lelaki yang baik akan menilai seorang wanita dengan mata hati.
Penilaian mata hati sudah pasti menilai agama kita dan akhlak kita bukannya
kecantikkan paras rupa semata-mata. Jadi, mulai hari ini tanamkan dalam diri untuk menjadi muslimah
yang sejati. Hijrahkan diri menjadi hamba yang terbaik untukNya. Istiqamah dalam penghijrahan itu, insyaAllah kita dapat merasai kemanisannya dan yang pasti akan dapat ketenangan juga. :)