Saturday, May 11, 2019

1st pregnancy

Dua minggu yang lepas, badan tak berapa sihat..period dah delay..lepas tu try la buat upt..ttiba naik dua line.. Ya Allah rasa terpercaya,excited n happy sgt²..time tu tangan dh menggigil..lepas tu terus wssap suami.. perasaan tu time tu hanya Allah je tahu..  so pergi kerja macam biasa..tp bila kat tempat keje,rasa mcm x berapa sihat..esokkn g klinik..alang² tu nk confirmkan pregnant betul² ke ni.. so kat klinik buat la bloos test..keesokkn doc call n confirm that impregnant😊😊😊 tetapi dlm happy², mulai hari tu jgk start keluar spotting.. terus dah rasa risau..balik rumah buat upt lg,lg bertambah risau,line lebih kurang samanye warnanya..spttnye makin terang.. spottong makin banyak..so esk decide g klinik lg utk amik mc..blik dr klinik,spotting makin bertambah..time tu dh stress sgt²..rase risau sgt²..lg² jauh dengan suami.. dlm hati bharap sgt² tu bkan tanda² keguguran..shari tu brkali² buat upt sbb nk tgk level hcg bertmbah ke x..smbil buat smbil.nangis sbb line x terang²..hari tu jgk decide nk balik rumah adik..

Sambungan...

Friday, March 15, 2019

True Love

Percayalah...cinta sebenar bermula selepas akad nikah..
Selepas bergelar suami/isteri, tanggungjawab kita sudah berubah.. Bermula saat itu, kita tidak boleh memikirkan diri sendiri lagi..tidak boleh pentingkan diri sendiri lagi.. Perselisihan faham itu untuk perkara biasa.. Banyakkan menghargai pasangan dari mengharap dihargai oleh pasangan.. banyakkan memberi hak dari menuntut hak dalalm perhubungan.. Redha dengan kelemahan dan kelebihan pasangan..Apa yang penting, letakkan Allah yang utama, insyaAllah semua akan okey.. Tanamkan cinta terhadap Allah terlebih dahulu..

"Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada"

Saturday, November 24, 2018

Bakal bergelar isteri


Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. Masih diberikan kesempatan oleh Allah merasai nikmat hidup di dunia. Tinggal beberapa hari lagi, aku bakal meninggalkan zaman bujangku.  Aku bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku sentiasa minta dariNya. Ya Allah aku bersyukur dengan pemberianMu. Walaupun hamba ini selalu lalai dengan dunia ini tetapi Engkau sentiasa memakbulkan permintaanku.  Terima kasih Ya Allah… 

Selepas aku bergelar seorang isteri nanti, maka berpindahkan hak penjagaanku dari ibubapaku kepada suamiku ni.. maka bertukar milik juga ketaatku dari ibubapaku kepada suamiku nanti. Aku tidak tahu selama ni adakah aku menjadi anak terbaik atau tidak kepada ibubapaku.. semoga mak ayah redha dengan aku selama ni.. 30 tahun aku hidup dibawah jaga mak, beberapa hari lagi hidupku  berada di bawah jagaan suamiku pula. Moga aku dapat menjadi isteri solehah untuk dia. Moga rumah tangga kami mendapat keberkatan olehNya... amin…

Saturday, April 21, 2018

Yakin padaNYA


Tetiba hari ni fikiran bercelaru  sangat. Haishhh..saje merosakkan mood aku ni. Dah la tinggal beberapa hari lg duk rumah..sob sob sob ( sambil lap air mata). Mmg dari zaman study  lagi sejenis homesick. lagi2 ni dah berbulan2 duk kt rumah.. Mohon hatiku bertambah2 kuat..  Minggu depan, aku akan mulakan kehidupan baru di PJ..Alhamdulillah, rezeki kerjayaku still mengajar.. insyaAllah ni kerjaya yang terbaik untuk diriku.. Aku terima dan redha.. Tapi sekarang masih duk mencari rumah2 yang sesuai.. sebolehnya nak sewa bulanan murah, dekat dengan tempat kerja dan housemate semua okay..  takpe takpe takpe..usaha dulu..then doa banyak2 dan tawakkal kepada Allah.. Hanya pada Dia kita mampu mohon pertolongan kan. 

Teringat mase  dpt  1st job, tu betol2 dekat dengan rumah.. so dpt la stay dengan family. Lepas tu 2nd job, jauh sket dari family, tp still kt ganu.. nak tak nak mmg kena duduk menyewa jugak. Alhamdulillah dapat housemates yang tersangat okey.. betol2 cam family.. 3rd job, yang ni dah semakin jauh.. terpaksa merantau ke negeri orang.. tapi Alhamdulillah, even duk menyewa tp dapat duduk menyewa sekali dengan adik..Ya Allah, banyak sangat dah pertolongan dan kemudahan Allah berikan untukku. InsyaAllah untuk 4th job ni, Allah akan menolongku juga. Perlu yakin Allah sentiasa bersama hambaNya, bersamaku. Yang penting, sentiasa ingat padaNya, jaga solat, jaga amal, jaga akhlak, jaga aurat, dan usaha tanamkan niat dalam diri bekerja, cari rezeki kerana Allah, InsyaAllah everything gonna be okey..

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

"Nanti kalau down tolong ingat ini ya.
.
Ketika kamu merasa susah, ingatlah bahawa ada yang lebih susah darimu. Ketika kamu merasa sedih, ingatlah bahwa ada yang lebih sedih darimu. Kamu masih punya kedua orangtua lengkap dengan abang kakak dan adik yang masih ada dan boleh mendengar keluh kesahmu sedangkan ada seseorang yang hanya menggantungkan apapun itu pada dirinya sendiri. Dia kelelahan tapi dia bertahan.
.
Nanti kalau down lagi tolong ingat ini ya
.
Jangan membandingkan hidupmu dengan orang lain. Jangan lihat ke atas, tapi lihatlah ke bawah. Buka mata dan lihatlah sekelilingmu dan sedari bahwa kau masih jauh lebih beruntung.
.
Allah itu baik. Kau saja yang kurang bersyukur.
Allah itu baik. Kau saja yang kadang lalai."
#selfreminder #copypaste

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Saturday, March 10, 2018

Rezeki Allah

Esok aku akan ke Kuala Lumpur lagi. Alhamdulillah, interview untuk 1st session, aku berjaya dan next week aku ada interview utk 2nd session. Moga Allah permudahkan urusanku..amin.. Aku hanya mampu berusaha yang terbaik. InsyaAllah ada rezeki tak ke mana. Tawakal kepada Allah, moga rezeki yang diberikan olehNya adalah terbaik untuk agamaku. Hampir 8 bulan dah aku menganggur. Sedih tu memang sedih..Tapi aku harus kuat. Ni hanya ujian kecil dariNya untukku. Aku harus bersyukur kerana masih di kelilingi dengan family dan orang yang tersayang yang sentiasa memberi sokongan kepadaku. Dengan ujian ini, membuatkan aku masih tidak lupa kepadaMu. Aku harus kuat.. Aku harus sabar.. Apa-apa berlaku, susah senang, sentiasa dekatkan diri kepada Allah..



Thursday, January 11, 2018

Aturan Allah swt

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Aku bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan olehNya. Perancangan Allah sangat hebat. 2017.Tahun yang bermakna bagiku dan tidak akan aku lupakan. Tahun baru dengan status yang baru (telah menjadi tunangan orang), InsyaAllah hujung tahun ni akan menjadi seorang isteri. Alhamdulillah. Semua berlaku sekelip mata jer dengan izinNya.  Apa apa pun sentiasa berdoa, moga Allah permudahkan semuanya. Dialah tempat sebaik baik tempat pergantungan. Sekarang, tanam dalam diri untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Semoga nikmat yang diberikan olehNya ini mendekatkan diri ini lagi kepadaNya.

Mengenai pertemuan dengan tunangku, di luar jangkaanku tetapi sentiasa di dalam doaku..istikharahku..Alhamdulillah.. Allah telah makbulkan doaku di saat aku telah redha apa yang berlaku. Dia insan terpilih yang Allah berikan untukku. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada En Tunangku kerana menerima diri ini seadanya dan sudi mengambilku menjadi isterimu nanti.

Kepada sesiapa yang belum bertemu lagi bayangan jodoh tu, usah bersedih.  Teruskan berdoa..berdoa..berdoa dan usaha perbaiki diri. InsyaAllah, Allah akan menghantar insan yang terbaik untuk kita. Ingat janji –janji Allah.  “Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan jahat”. Semua bergantung pada diri kita. Kalau kita nak pasangan yang baik, ubah la diri terlebih dahulu. Lelaki yang baik akan menilai seorang wanita dengan mata hati. Penilaian mata hati sudah pasti menilai agama kita dan akhlak kita bukannya kecantikkan paras rupa semata-mata. Jadi, mulai hari ini tanamkan dalam diri untuk menjadi muslimah yang sejati. Hijrahkan diri menjadi hamba yang terbaik untukNya. Istiqamah dalam penghijrahan itu, insyaAllah kita dapat merasai kemanisannya dan yang pasti akan dapat ketenangan juga. :) 


Tuesday, January 10, 2017

SIAPA KAMU???

hai kamu..akhirnya dapat jugak ku tahu siapa kamu sebenarnya.. kamu adalah Mr.AZ...bakal zaujku.. :) 070717