Saturday, November 24, 2018

Bakal bergelar isteri


Assalamualaikum…

Alhamdulillah.. Masih diberikan kesempatan oleh Allah merasai nikmat hidup di dunia. Tinggal beberapa hari lagi, aku bakal meninggalkan zaman bujangku.  Aku bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku sentiasa minta dariNya. Ya Allah aku bersyukur dengan pemberianMu. Walaupun hamba ini selalu lalai dengan dunia ini tetapi Engkau sentiasa memakbulkan permintaanku.  Terima kasih Ya Allah… 

Selepas aku bergelar seorang isteri nanti, maka berpindahkan hak penjagaanku dari ibubapaku kepada suamiku ni.. maka bertukar milik juga ketaatku dari ibubapaku kepada suamiku nanti. Aku tidak tahu selama ni adakah aku menjadi anak terbaik atau tidak kepada ibubapaku.. semoga mak ayah redha dengan aku selama ni.. 30 tahun aku hidup dibawah jaga mak, beberapa hari lagi hidupku  berada di bawah jagaan suamiku pula. Moga aku dapat menjadi isteri solehah untuk dia. Moga rumah tangga kami mendapat keberkatan olehNya... amin…