Malam ni semangat muncul sedikit untuk memulakan menyiapkan proposal setelah hampir dua minggu diri ni merasa bingung, tertekan dan serabut dengan pelbagai masalah yang muncul. semester 2 baru terasa kehidupan yang sebenar. hakikatnya kehidupan ini bukannya seindah yang diimpikan. tetapi selagi berpegang kepada kepercayaan kepadaNya, insyaAllah kehidupan menjadi tenang.
Dalam mood tgh buat kerja, tetiba teringat mak dan ayah kat kampung. rasa sedih dan rasa sebak kerana tak dapat menjadi anak terbaek utk mereka. still lagi menyusahkan mereka... =( =( =(
Sepatutnya pada usia ini, aku sudah dapat menolong mereka tetapi yang berlaku disebaliknya. mak, mak terlalu banyak berkorban untuk aku. ntah dapat ke tidak untuk aku membalas jasa nya.. sekarang rindu sangat kat mak.. mak tempat aku meluahkan apa2 masalah..tetapi buat masa sekarang,aku tidak sanggup lagi untuk menambahkan beban masalahku kepada mak. Ya Allah, Kau permudahkan urusanku ini.. hanya setahun je lagi.. aku harus kuat, tabah dan sabar. demi mak ayah abah dan adik beradikku..aku sayang mereka. aku tak mahu hidup mereka susah..